Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

EKSPEDISI PUSAT SEJAHTERA KE CEMACS

EKSPEDISI PUSAT SEJAHTERA KE CEMACS

Sabtu - 1 Oktober 2022, Ekspedisi Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) PSUSM ke CEMACS (Centre for Marine and Coastal Studies) sebuah pusat pengajian di USM iaitu Pusat Kajian Samudera & Pantai. Terdiri daripada warga PS bersama ahli keluarga telah memulakan aktiviti seawal jam 0730 berkumpul di PSUSM dan bergerak ke tapak permulaan di Taman Negara Pulau Pinang Teluk Bahang Pulau Pinang.
 
CEMACS ditubuhkan pada 1991 Ogos untuk menjalankan penyelidikan dan latihan pasca siswazah dalam Sains Marin dan Ekosistem Pantai. Institusi ini menggerakkan dan menyepadukan kepakaran serta sumber universiti yang banyak dalam sains marin, meningkatkan keupayaan menjalankan kajian bersepadu antara pelbagai disiplin ke arah menyelesaikan masalah berkaitan ekosistem marin dan pantai.
Sebaik menjejakkan kaki ke CEMACS yang terletak di Teluk Aling pantai barat lqut Pulau Pinang menumpukan penyelidikan dan latihan kepada biodiversiti pemuliharaan ekosistem marin, hutan pantai, marikultur serta ekologi mamalia marin (dugong dan ikan lumba-lumba) kami disambut Pegawai Sains Kanan En. Sim Yee Kwang.
 
Pengarah CEMACS Prof. Dato’ Dr. Aileen turut menyambut kedatangan kami dengan memberikan taklimat ringkas serta memperkenalkan pensyarah serta pelajar yang akan membimbing sepanjang aktiviti Ekspedisi PS ke CEMACS.
 
Dua kumpulan dibentuk terdiri daripada staf PS bersama anak-anak dan kumpulan kedua pula terdiri daripada staf PS bersama Pengarah PSUSM Dr. Normala telah dibawa menziarahi ‘research hatcheries’, galeri rujukan marin, galeri marin juga makmal pembelajaran.
Ekspedisi kali ini sangat menarik kerana turut terlibat kanak-kanak seawal usia 3 tahun.
 
Perjalanan mendaki sehingga sampai ke CEMACS dapat dikenang melalui usaha video dan gambar yang diambil oleh En. Aznizam Bukhari staf Pentadbiran PSUSM. Terima kasih terhadap gambar kenangan serta video yang sangat menarik ini.
 
Kegembiraan anak-anak terserlah apabila masing-masing berebut dengan ibu bapa bagi mendapatkan pandangan lebih dekat dengan hidupan marin seperti gamat, tapak sulaiman, udang, penyu dan pelbagai lagi semasa sesi perkongsian daripada warga CEMACS di Makmal Pembelajaran.
Tidak melepas peluang, ibu bapa staf PS yang membawa anak-anak mengambil kesempatan berkelah di pesisir pantai dihadapan CEMACS berdekatan dengan jeti. Selain berjemur ibu bapa dan anak memasing mencari siput remis.
 
Sekian perkongsian kali ini terhadap Ekspedisi PS ke CEMACS yang Santai, Swa-ganjaran & Segarkan diri (Relax, Retreat & Refresh).
Kredit penulisan oleh Jururawat terlatih,
Encik Hazwan Bin Zulyadain.
Pembantu Penyelaras JawatanKuasa Latihan & Kompetensi PSUSM
 
 306500561_524182813044911_4376556764172908553_n.jpg
  • Hits: 157

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

xemel dir_pk[@]usm.my
xfax : +604 - 653 4942
xtel : +604 - 653 3888 ext: 4937 / 4938

All Rights Reserved © 2022.
Website by : Unit Web & Multimedia Kreatif | P.P.Komunikasi & Teknologi - USM |