Dasar & Objektif Kualiti

DASAR KUALITI

Kami beriltizam dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan serta memperkasakan bakat masa depan. Kami yakin komitmen yang padu ke arah penambaikan berterusan akan menjamin kelestarian dan kecemerlangan pada peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF KUALITI PUSAT SEJAHTERA & UNIT KESIHATAN 
PTJNC NAIB CANSELOR 
KAMPUS INDUK DAN KEJURUTERAAN

  1. 80% purata masa menunggu untuk berjumpa doktor di Unit Pesakit Luar Pusat Sejahtera, Kampus Induk adalah dalam tempoh 1 jam 45 minit dan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah dalam tempoh 1 jam selepas mendaftar di kaunter pendaftaran.
  2. 95% keputusan ujian stat untuk full blodd count yang dijalankan di Unit Makmal Diagnostik Pusat Sejahtera,Kampus Induk dan Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan boleh diperolehi dalam tempoh 40 minit.
  3. 95% purata pemeriksaan radiologi biasa di Unit Pengimejan Diagnostik di Pusat Sejahtera Kampus Induk siap dalam tempoh 20 minit.
  4. 90% purata masa menunggu untuk dipanggil mendapatkan bekalan ubat di Unit Farmasi Pusat Sejahtera, Kampus Induk adalah dalam tempoh 20 minit dan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah dalam tempoh 30 minit.
  5. 90% purata masa menunggu untuk dipanggil mendapatkan rawatan di Unit Pergigian Pusat Sejahtera, Kampus Induk dan Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah dalam tempoh 30 minit bagi pesakit yang mempunyai temujanji, selepas mendaftar di kaunter pendaftaran.