Unit Farmasi

PERKHIDMATAN FARMASI DI PUSAT SEJAHTERA

Unit Farmasi adalah salah satu unit yang terdapat di Pusat Sejahtera. Unit Farmasi terletak diaras bawah bangunan Pusat Sejahtera, bersebelahan dengan Pusat Farmasi.

Carta Organisasi

1 orang Pegawai Farmasi U54 KUP

1 orang Penolong Pegawai Farmasi U36

1 orang Penolong Pegawai Farmasi U32

4 orang Penolong Pegawai Farmasi U29

1 orang pembantu Tadbir N22 KUP

1 orang Pembantu Perawatan Perubatan U11

Farmasi Waktu

Objektif

Bertanggungjawab atas perolehan, penstoran, pembekalan ubat-ubatan standard yang berkualiti, promosi pendidikan kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan secara rasional. Bekerjasama dengan profesion perubatan di Pusat Sejahtera dalam usaha mencapai matlamat teraputik dalam memberi rawatan kepada pesakit.

Fungsi

1. Membekalkan ubat-ubatan jenis standard kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Sejahtera. Ubat-ubat yang dibekalkan adalah berpandukan preskripsi on-line yang diterima daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan dan juga Jururawat yang bertugas di Pusat sejahtera sahaja.

2. Memproses permohonan ubat-ubatan bukan standard melalui prosedur yang telah ditetapkan.

3. Memproses permohonan  bekalan pertolongan cemas melalui penggunaan borang Q.

4.  Menyediakan persediaan extemporaneous untuk penggunaan rawatan.

5. Memberi pendidikan penggunaan ubat-ubatan melalui pameran bersiri, khidmat nasihat dan tayangan info-info yang berkaitan dengan gaya hidup sihat melalui layar televisyen.