14. Rawatan Fisioterapi

Rawatan Fisioterapi

Pegawai Bertanggung Jawab:

Pn. Wida Ayumi Binti Saji

En. Muhammad Saifullah Bin Farizal

Jurupulih Perubatan Anggota

Fisioterapi

Pengenalan

Unit  Fisioterapi terletak di Pusat Sejahtera. Unit ini berada di aras 1 no 117. Bahagian ini di ketuai oleh seorang  Pemulihan Perubatan (Anggota).

Fungsi utama bahagian ini adalah memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada pesakit yang dirujuk dari semua jabatan / yang dirujuk dari hospital kerajaan atau swasta / klinik kesihatan negeri dan juga pesakit yang dirujuk dari negeri  lain yang memerlukan perkhidmatan Fisioterapi.

Pemulihan Anggota ialah rawatan pemulihan melalui rawatan spesifik atau berteraputik stimulasi melalui prosedur yang tertentu yang dijalankan keatas pesakit yang menghadapi masalah fizikal.

Pemulihan anggota merangkumi rawatan kepada pesakit bertujuan untuk membantu pesakit pulih dari kecerderaan fizikal yang mereka alami untuk mencapai tahap keupayaan yang maksima .

Menyediakan kemudahan latihan bagi anggota-anggota Kementerian Kesihatan, pelatih-pelatih Kolej Fisioterapi Malaysia dari Kementerian Kesihatan serta pelatih-pelatih Fisioterapi dari UiTM & UKM.

MISI

Jabatan Fisioterapi akan memberi perkhidmatan pemulihan yang cemerlang berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia dan menekankan peningkatan kualiti yang berterusan.

VISI

Perkhidmatan pemulihan yang berkualiti,berkesan, anggota yang professional, proaktif dan inisiatif, kemudahan peralatan yang berteknologi terkini serta persekitaran yang selesa dan selamat demi mencapai kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perawatan Fisioterapi dan pendidikan kesihatan yang efektif, dan selamat kepada pesakit agar dapat berdikari dan mencapai fungsi pada tahap yang optima.

PIAGAM PELANGGAN

  • Masa pendaftaran adalah 10 – 30 minit.
  • Jangkasama rawatan Fisioterapi 15 – 60 minit mengikut kondisi pesakit.
  • Rawatan yang di berikan adalah berkualiti dan sesuai dengan penyakit yang di hadapi.
  • Kehormatan pesakit akan dijaga semasa menjalani rawatan di Unit ini.

Tanggungjawab pelanggan:-

* Mengikuti temujanji yang ditetapkan.

* Mengikut prosedur rawatan yang ditetapkan.

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  • Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
  • Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
  • Patah dan terseliuh
  • Kondisi ketidakupayaan seperti palsy dan distrofi otot
  • Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher
  • Persediaan menghadapi pembedahan (sebelum & selepas)
  • Manipulasi tisu lembut.
  • Elektroterapi untuk mengurangkan sakit , bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan
Pn. Wida Ayumi Binti Saji