Klinik Berhenti Merokok

Klinik Berhenti Merokok

Pengenalan

Kampus Sejahtera perlu bebas daripada sebarang bentuk ketagihan. Lantaran itu, Klinik Berhenti Merokok (KBM) memulakan operasi di Pusat Kesihatan, Universiti Sains Malaysia pada 26 Januari 2002 yang dirasmikan oleh Y. Berbahagia Profesor Dato’ Dzulkifli Abd. Razak,  Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.

Matlamat

Klinik Berhenti Merokok beroperasi seminggu sekali setiap hari Khamis bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia. Klinik ini dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan dibantu oleh Jururawat Terlatih Pn. Hadijah Saad. (Samb: 4902/4903)

Khidmat yang ditawarkan termasuk kaunseling individu dan  berkumpulan serta terapi gentian nikotin (NRT).  Setiap perokok yang bermotivasi untuk berhenti merokok  akan dinilaikan tahap ketagihan  terhadap nikotin melalui soalselidik  Fagestrom.  Selain itu, parameter klinikal lain seperti tekanan darah, berat badan, peak expiratory flow rate (PEFR) dan penentuan kandungan karbon monoksida (CO) melalui  alat  Breathanalyzer turut dijalankan pada setiap perjumpaan.

Peserta KBM diberikan temujanji setiap satu hingga dua minggu dan  perkembangan mereka dipantau sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan.  Peserta  yang berjaya berhenti merokok selama tempoh 6 bulan  itu dianggap berjaya berhenti merokok.

Klinik Berhenti Merokok turut menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan kesedaran bahaya merokok dan menawarkan khidmat  untuk membantu  perokok meninggalkan tabiat tersebut.  Kesedaran mengenai bahaya merokok serta motivasi  bagi perokok sediada untuk berhenti.


Objektif

  • Mengurangkan bilangan warga kampus yang mula merokok.
  • Memberi motivasi kepada perokok untuk berhenti.
  • Menyediakan rawatan bersesuaian (kaunseling dan terapi gentian nikotin) bagi meningkatkan  kejayaan perokok untuk berhenti.
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan Pencegahan dan rawatan berhenti merokok.
  • Statistik Kedatangan Peserta ke Klinik Berhenti Merokok.