Klinik Pengurusan Diabetes

Klinik Pengurusan Diabetes

Pengenalan

Memandangkan peratusan  penyakit diabetes di Universiti Sains Malaysia semakin meningkat, Klinik Kaunseling Diabetes ditubuhkan pada bulan Ogos 2005 dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Pusat Racun Negara (PRN) dan di bawah salah satu Program Kampus Sejahtera dan beroperasi pada setiap hari Rabu (pagi/petang). Kaunseling diberi oleh Farmasi dari Pusat Racun Negara, Pusat Pengajian Sains Farmasi dan Pegawai Perubatan dari Pusat Sejahtera dan dibantu  oleh Jururawat Puan Jami'aton Halaliah Abd. Razak.

Objektif

  • Memberi kesedaran tentang penyakit diabetes dan komplikasi.
  • Menekankan aspek pemakanan dan senaman untuk mengawal tahap gula di dalam darah.
  • Menggalakkan pemeriksaan awal dan berkala  untuk menurunkan kadar komplikasi diabetes.
  • Mengamalkan cara hidup sihat seisi keluarga kerana diabetes adalah penyakit keturunan.
  • Menunjuk ajar langkah-langkah untuk mengesan tanda-tanda awal komplikasi diabetes.
Methodologi
 
Pesakit dirujuk oleh Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
Klinik Kaunseling Diabetes meliputi 5 modul iaitu :
                                 Modul I       :    Definisi Diabetes
                                                     :    Aspek pemakanan dan penurunan berat badan
                                 Modul II      :    Ubat-ubatan Diabetes
                                 Modul III     :    Senaman dan penjagaan kaki
                                 Modul IV     :    Senaman dan urutan (kelas berbeza untuk lelaki  dan perempuan)
HbAic (ujian darah) diambil pada setiap kali modul I, IV dan V.