Makmal Diagnostik

Makmal Diagnostik

Objektif

  1. Memberikan dan menjalankan ujian/analisis ke atas sampel pesakit dengan kadar segera melalui arahan doktor yang merawatnya.
  2. Menjalankan ujian / ‘medical check-up’ kepada pelajar dalam dan luar Negara dan kepada staf.
  3. Sentiasa memastikan segala peralatan makmal berada dalam keadaan ‘ready to use’ agar keputusan yang diperolehi adalah tepat dan jitu.
  4. Mewujudkan team work antara staf makmal, paramedik, doktor dan network dengan pihak luar demi memantapkan lagi pengurusan makmal dan PTJ.
  5. Sentiasa melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh PTJ dan PJJ demi(e-komuniti) untuk mewujudkan masyarakat dalam dan luar kampus berada dalam keadaan sihat dari segi mental serta fizikal.

Fungsi Makmal Diagnostik

  • Perkhidmatan Makmal Diagnostik adalah untuk membantu menentukan diagnosa dan menilai tahap kesihatan pesakit.
  • Makmal Diagnostik amat penting dalam menyokong fungsi keseluruhan Pusat Sejahtera USM.
  • Terdapat beberapa kategori ujian/analisis sampel pesakit yang dilakukan iaitu ujian hematologi, biokimia, parasitologi, urinalisis, kumpulan darah, AFB (Direct Smear) dan skin scrapping dan furgul test.
  • Membantu pelajar dalam dan luar Negara untuk mendapatkan bahan-bahan bagi tujuan penyelidikan.
  • Menjalankan ujian saringan kesihatan untuk staf dalam kampus (Medical Surveillence).