Perkhidmatan Pergigian

PERKHIDMATAN PERGIGIAN USM

Pengenalan

Perkhidmatan pergigian disediakan kepada pelajar sepenuh masa secara percuma.  Pesakit bukan warganegara Malaysia dan staf USM perlu membuat bayaran untuk rawatan dengan kadar caj yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan, cucian/scaling, tampalan, cabutan, rawatan salur akar gigi depan, rawatan oral medicine dan kecemasan. Perkhidmatan nasihat tentang kepentingan dan cara penjagaan oral yang berkesan juga di beri kepada pesakit (oral hygiene instruction).

Pesakit perlu menbuat temujanji untuk rawatan dengan menghubungi kaunter pergigian di sambungan (ext) 4928 atau datang terus ke kaunter. Pesakit di galakkan untuk menghadiri diri 10 minit sebelum masa temujanji dan pesakit yang lewat lebih dari 30 minit akan diberi temujanji baru. Ini adalah untuk memastikan kelancaran kerja rawatan dan tidak melambatkan rawatan pesakit pesakit yang lain. Temujanji untuk rawatan susulan boleh di buat di kaunter selepas rawatan.

Waktu Perkhidmatan Rawatan

Waktu perkhidmatan pergigian di Pusat Sejahtera  seperti berikut :

HARI WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Khamis

8:00 pg        -     1:00 tgh

2:00 ptg       -      5:00 ptg

Jumaat

8:00 pg        -     12:15 tgh

2:45 ptg       -      5:00 ptg

Pendaftaran/ temujanji rawatan boleh dibuat semasa waktu pejabat,

  • Kaunter pergigian
  • Unit Pergigian di Kampus Induk 04-6534928
  • Unit Pergigian di Kampus Kejuruteraan  04- 5995201

Untuk pelajar baharu, temujanji untuk mendapatkan rawatan boleh dibuat secara campus on line (e-dental) melalui ID pelajar. Kemudahan ini hanya untuk membuat temujanji pertama kali sahaja oleh pelajar kampus induk bagi prasiswazah warga Malaysia sahaja.

Kadar Caj (Pesakit selain pelajar sepenuh masa adalah seperti yang telah ditetapkan oleh universiti)