Rawatan Haemodialisis

Rawatan Haemodialisis

Sejarah

Perkhidmatan ini dimulakan pada tahun 1989 setelah diperlukan apabila terdapat seorang kakitangan Universiti Sains Malaysia yang telah disahkan  mendapat penyakit “Kegagalan Buah Pinggang” dan memerlukan  rawatan dialysis sebagai pilihan untuk meneruskan hidup. Bermula  dari sini perkhidmatan ini diteruskan untuk kakitangan dan pelajar yang memerlukan rawatan ini dan diuruskan oleh seorang Jururawat Terlatih  yang mempunyai kemahiran secara Pos Basik Perawatan  Buah Pinggang. Perkhidmatan ini dimulakan dengan pembelian sebuah mesin dialysis jenis Gambro AK 60 dengan mesin rawatan air jenis turasan ‘resin’. Pada masa ini rawatan dialysis dilakukan  dengan larutan asid sahaja yang banyak mempunyai  kesan sampingan semasa dan selepas rawatan. Dengan kemajuan rawatan, mesin  dialysis diubahsuai untuk penambahbaikan rawatan yang menggunakan  larutan asid dan larutan  bikabonat yang kurang komplikasi selepas rawatan. Begitu juga dengan sistem rawatan air yang menggunakan sepenuhnya  mesin “Reverse Osmosis”.