Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

Penyakit Asma

Tahukah Anda ? Asma (asthma) ialah satu penyakit yang menyebabkan keradangan yang menjadikan saluran pernafasan menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Serangan asma boleh dicetuskan oleh perkara berikut :
1️⃣ Udara sejuk / Lembab
2️⃣ Senaman
3️⃣ Jangkitan sistem pernafasan
4️⃣ Tekanan emosi
5️⃣ Bulu haiwan peliharaan seperti kucing
6️⃣ Debunga
7️⃣ Stress
8️⃣ Bahan Kimia
 
Komplikasi dan kematian akibat asma boleh dicegah. Jom kenali tanda-tanda serangan asma. Dapatkan rawatan segera dengan melakukan pemeriksaan dan konsultasi di klinik atau di hospital.
 
  • Hits: 3

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

xemel dir_pk[@]usm.my
xfax : +604 - 653 4942
xtel : +604 - 653 3888 ext: 4937 / 4938

All Rights Reserved © 2022.
Website by : Unit Web & Multimedia Kreatif | P.P.Komunikasi & Teknologi - USM |