• Maulidur Rasul

  • WhatsApp Image 2020 08 19 at 1.05.33 PM

  • 980 X 360 FRAME WEB SEJAHTERA 2020 Copy

  • CORONA WEB

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEJAHTERA

PS BUILDING

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian), dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan USM, telah ditubuhkan pada tahun 1969. Ia ditempatkan di bangunan C15 Kampus Induk bagi menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian khusus kepada pelajar. Pada awalnya, perkhidmatan perubatan ini menggabungkan kaedah rawatan moden dan tradisional. Perkhidmatan rawatan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak juga dijalankan namun telah dihentikan pada penghujung tahun 80-an. Perkhidmatan berkhatan turut ditawarkan pada ketika itu dan diteruskan sehingga sekarang.

Pada tahun 1974, perkhidmatan perubatan Pusat Kesihatan USM telah diperluaskan kepada staf dan seterusnya pada tahun 1993 telah dipanjangkan kepada tanggungan staf dan pelajar serta pesara USM.

Pada tahun 1990, Unit Kesihatan telah ditubuhkan di Kampus Kejuruteraan di Tronoh, Perak bertujuan memberikan perkhidmatan perubatan kepada pelajar jurusan kejuruteraan. Unit ini berpindah ke lokasi baharu di kampus Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun 1996.

Pada asalnya, perkhidmatan berfokus kepada rawatan kuratif namun telah ditambah baik kepada aspek pencegahan pada tahun 1989. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pemeriksaan Kantin, Klinik Berhenti Merokok dan Klinik Pengurusan Berat Badan. Pada tahun yang sama juga, perkhidmatan hemodialisis telah diwujudkan bagi membantu staf yang memerlukan rawatan dialisis.

Pada tahun 1999, Pusat Kesihatan USM mula menggunakan Sistem e-klinik bagi menggantikan penggunaan manual kad rawatan perubatan pesakit.

Pada bulan Jun 2008, Pusat Kesihatan USM telah berpindah ke bangunan baharu H29 dan telah dijenamakan semula sebagai Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian). Bangunan ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM pada ketika itu, Y. Bhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak pada 7 Mei 2010.

Perkhidmatan Pusat Sejahtera telah diperluaskan dengan penubuhan Subunit Fisioterapi pada 3hb Januari 2011 bagi memperkukuhkan rawatan rehabilitasi.

Pada tahun 2013, pelbagai aktiviti kelestarian dijalankan seperti senaman Taichi, Program Kitar Semula, Sejahtera Walk dan Program Khidmat Masyarakat di dalam dan luar kampus. Sistem e-klinik juga telah dinaik taraf kepada e-Sejahtera dan diturut diperkenalkan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan USM.

Pada tahun 2015, Pusat Sejahtera diperkukuhkan lagi melalui Pelan Transformasi Pusat Sejahtera dengan memberi tumpuan terhadap aspek Pencegahan, Perawatan, Pemulihan dan Pengurusan Sumber demi kesejahteraan warga Universiti. Bagi merealisasikan agenda transformasi, pasukan kreativiti dan inovasi telah diwujudkan bagi menambah baik

perkhidmatan.

Pada tahun 2019, Pusat Sejahtera bergerak seiring dengan agenda Universiti untuk menjana pendapatan melalui Program Pemeriksaan Kesihatan, Perkhidmatan Suntikan Vaksin dan Perkhidmatan Pergigian.

Kini Pusat Sejahtera terus berbakti, mensejahterakan warga universiti dari aspek fizikal, mental, rohani dan sosial bagi memenuhi hasrat universiti ke arah kecemerlangan dan kelestarian.

 

Pengarah :

1973-1989 : Dr. Azizi bin Aiyub Ghazali

1989-2003 : Dr. Sharifah Mariam binti Syed Hassan Aidid

2003-2014 : Dr. Nurulain binti Abdullah Bayanuddin

2014- kini : Dr. Normala binti Abdul Wahid

Sila layari Facebook Pusat Sejahtera untuk mendapatkan info terbaru setiap hari atau klik di sini: COVID-19 (Handwashing)

Berita Terkini

Kursus Berkhatan

21 September 2020
Kursus Berkhatan

Pada 19 September 2020 telah berlangsung nya Kursus Berkhatan bagi pegawai perubatan dan pasukan paramedik bagi menambah pengetahuan dan juga menimba pengalaman dari pegawai yang menguruskan khatan dari Hospital Pulau...

Persediaan di Padang Kawad USM

02 Oktober 2020
Persediaan di Padang Kawad USM

Bersempena dengan kedatangan pelajar-pelajar baharu ke Kampus Induk Universiti Sains Malaysia, Pusat Sejahtera tidak melepaskan peluang bagi menghulurkan khidmat saringan di Padang kawad USM walaupun hujan lebat menyelubungi bumi USM....

PROJEK KERJASAMA MENJAHIT PPE

19 Oktober 2020
PROJEK KERJASAMA MENJAHIT PPE

PROJEK KERJASAMA MENJAHIT PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI DI ANTARA PUSAT SEJAHTERA DAN KELAB JASA BUDI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Semenjak wabak covid19 melanda negara kita dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan...