PERINGATAN!
Berikutan dengan peningkatan kes covid 19 di seluruh kawasan Pulau Pinang dan PKPB di Mukim 12, Daerah Barat Daya, pihak Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) menekankan supaya semua warga USM peka serta jangan alpa dengan situasi sekarang. Virus #COVID19 sudah berada dalam komuniti kita. Duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu keluar, pastikan untuk bekerja atau membeli barang keperluan. Duduk di rumah, patuhi SOP, pakai pelitup muka, bantu pihak kami putuskan rantaian jangkitan.
Sila patuhi segala garis panduan yang diberikan:
1) Amalkan norma baharu, tidak kira dimana anda berada (sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam, elakkan 3S atau 3C, amalkan 3W)
2) Sila memanfaatkan segala perkhidmatan secara maya dan di atas talian (telekonsultasi, pengambilan ubat-ubatan melalui kaunter pandu lalu atau perkhidmatan pos)
3) Jika kecemasan, ikut SOP yang ketat dan segala garis panduan jika perlu ke Pusat Sejahtera (Kesihatan atau Pergigian)
Mohon semua warga USM sedar akan setiap orang boleh memainkan peranan penting dalam memutuskan rangkaian COVID-19 dan memastikan kita menang dalam memerangi COVID-19.