Klinik Berhenti Merokok
Klinik Berhenti Merokok
Pengenalan
Kampus Sejahtera perlu bebas daripada sebarang bentuk ketagihan. Lantaran itu, Klinik Berhenti Merokok (KBM) memulakan operasi di Pusat Kesihatan, Universiti Sains Malaysia pada 26 Januari 2002 yang dirasmikan oleh Y. Berbahagia Profesor Dato’ Dzulkifli Abd. Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
Matlamat
Klinik Berhenti Merokok beroperasi seminggu sekali setiap hari Selasa atau Rabu bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia. Klinik ini dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan dibantu oleh Jururawat Terlatih Vikramman Pillay. (temujanji: 4950)
Khidmat yang ditawarkan termasuk kaunseling individu dan berkumpulan serta terapi gentian nikotin (NRT). Setiap perokok yang bermotivasi untuk berhenti merokok akan dinilaikan tahap ketagihan terhadap nikotin melalui soalselidik Fagestrom. Selain itu, parameter klinikal lain seperti tekanan darah, berat badan, peak expiratory flow rate (PEFR) dan penentuan kandungan karbon monoksida (CO) melalui alat Breathanalyzer turut dijalankan pada setiap perjumpaan.
Peserta KBM diberikan temujanji setiap satu hingga dua minggu dan perkembangan mereka dipantau sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan. Peserta yang berjaya berhenti merokok selama tempoh 6 bulan itu dianggap berjaya berhenti merokok.
Klinik Berhenti Merokok turut menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan kesedaran bahaya merokok dan menawarkan khidmat untuk membantu perokok meninggalkan tabiat tersebut. Kesedaran mengenai bahaya merokok serta motivasi bagi perokok sediada untuk berhenti.
Objektif
- Mengurangkan bilangan warga kampus yang mula merokok.
- Memberi motivasi kepada perokok untuk berhenti.
- Menyediakan rawatan bersesuaian (kaunseling dan terapi gentian nikotin) bagi meningkatkan kejayaan perokok untuk berhenti.
- Menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan Pencegahan dan rawatan berhenti merokok.
- Statistik Kedatangan Peserta ke Klinik Berhenti Merokok.
- Hits: 1304