Klinik Pengurusan Berat Badan
Klinik Obesiti (Klinik Pengurusan Berat Badan)
Pendahuluan:
Klinik ini menyediakan perkhidmatan rundingcara dan memberi nasihat tentang cara menguruskan badan secara semulajadi dengan cara pemakanan yang sihat serta senaman. Ia bertujuan mendidik peserta bagaimana hidup cara sihat dengan membuat pilihan yang betul ketika makan dan memahami bagaimana kemanjadian obes itu boleh di elakan.
Pemilihan peserta:
Peserta akan di pilih atau di kenalpasti oleh Pegawai Perubatan melalui pemeriksaan kesihatan dan perubatan biasa dan akan di beritahu untuk mendaftar ke program di Kaunter Rujukan. Borang yang di isi akan di hantar kepada Jururawat Bertugas untuk di berikan tarikh dalam sesi-sesi yang di rancang. Biasanya kelas dan rundingan akan di adakan dalam satu kumpulan dalam beberapa siri dan pengukuran tanda vital di buat pada setiap kelas bagi melihat perkembangan dari kelas bimbingan.
Lokasi:
Aras 2 Pusat Sejahtera.
Waktu Perkhidmatan:
Secara temujanji biasanya pada hari Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.
Modul Bimbingan:
- Pengukuran Berat badan dan tanda vital
- Bimbingan teori
- Nasihat pemakanan
- Senaman dan rekreasi bersesuaian
- Pengukuran kemajuan pencapaian
Penghargaan
Program penghargaan di wujudkan bagi memberi motivasi kepada peserta mencapai hasrat mengurangkan obesiti dan menjaga kesihatan sepanjang hayat
- Hits: 1554