Unit Haemodialisis
Rawatan Haemodialisis
Sejarah
Perkhidmatan ini dimulakan pada tahun 1989 setelah diperlukan apabila terdapat seorang kakitangan Universiti Sains Malaysia yang telah disahkan mendapat penyakit “Kegagalan Buah Pinggang” dan memerlukan rawatan dialysis sebagai pilihan untuk meneruskan hidup. Bermula dari sini perkhidmatan ini diteruskan untuk kakitangan dan pelajar yang memerlukan rawatan ini dan diuruskan oleh seorang Jururawat Terlatih yang mempunyai kemahiran secara Pos Basik Perawatan Buah Pinggang. Perkhidmatan ini dimulakan dengan pembelian sebuah mesin dialysis jenis Gambro AK 60 dengan mesin rawatan air jenis turasan ‘resin’. Pada masa ini rawatan dialysis dilakukan dengan larutan asid sahaja yang banyak mempunyai kesan sampingan semasa dan selepas rawatan. Dengan kemajuan rawatan, mesin dialysis diubahsuai untuk penambahbaikan rawatan yang menggunakan larutan asid dan larutan bikabonat yang kurang komplikasi selepas rawatan. Begitu juga dengan sistem rawatan air yang menggunakan sepenuhnya mesin “Reverse Osmosis”.
- Hits: 891