Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

Apakah Penyakit Influenza

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. 

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.
 
Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Virus influenza menyebabkan demam selsema (flu) yg ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yg teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:           
 
 
?? kanak-kanak
?? warga tua
?? wanita mengandung
? mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.
 
Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi berpotensi menyebabkan kematian
 
Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas.
 
Semoga bermanfaat.
#PusatSejahteraUSM
 289352120_1030115670972225_3465879520670240345_n.jpg
  • Hits: 744

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

xemel dir_pk[@]usm.my
xfax : +604 - 653 4942
xtel : +604 - 653 3888 ext: 4937 / 4938

All Rights Reserved © 2022.
Website by : Unit Web & Multimedia Kreatif | P.P.Komunikasi & Teknologi - USM |