Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

Unit Pengimejan

Unit RADIOLOGI

Objektif

Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti kepada pelanggan/pesakit yang terdiri daripada pelajar serta tanggunganya, warga staf serta tanggungannya dan pesara Universiti Sains Malaysia.

Waktu Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan unit radiologi di Pusat Sejahtera  seperti berikut :

HARI WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Khamis

8:00 pg        -     1:00 tgh

2:00 ptg       -      5:00 ptg

Jumaat

8:00 pg        -     12:15 tgh

2:45 ptg       -      5:00 ptg

Lokasi          

Aras 1 berhampiran dengan kaunter rujukan, bilik Pegawai Perubatan no 1 dan berhadapan bilik VIP.

Fasiliti Dan Perkhidmatan

Unit Radiologi menyediakan pemeriksaan x-ray konvensional.

Unit ini dilengkapi dengan 1 mesin x-ray konvensional, 1 mesin sistem radiografi berkomputer dan 1 mesin pencetak laser filem x ray. Unit ini digunakan untuk menjalankan pemeriksaan x - ray biasa yang di pohon oleh Pegawai Perubatan bagi tujuan perawatan ataupun pemeriksaan rutin biasa seperti kemasukan pelajar ke institusi pengajian atau staf yang baru mendaftar sebagai pekerja dan sebagainya.

Teknologi terkini adalah pesakit/pelanggan yang menjalani pemeriksaan x ray tidak lagi dibekalkan filem x ray kerana Pegawai Perubatan yang memohon pemeriksaan x ray boleh mengakses imej x ray melalui capaian atas talian.

Unit ini dikendalikan oleh 2 orang Juru X-ray.

  • Hits: 618

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

xemel dir_pk[@]usm.my
xfax : +604 - 653 4942
xtel : +604 - 653 3888 ext: 4937 / 4938

All Rights Reserved © 2022.
Website by : Unit Web & Multimedia Kreatif | P.P.Komunikasi & Teknologi - USM |