Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

Hari Hepatitis Sedunia

Mari kita ambil tahu?

Hati (hepar/liver) ialah organ dalaman yang penting dan terbesar dalam badan manusia.

Hepatitis adalah satu penyakit keradangan hati akibat jangkitan virus Hepatitis A, B, C, D atau E. Virus Hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan tidak membawa kepada penyakit yang kronik. Manakala virus Hepatitis B, C dan D yang berjangkit melalui darah atau cecair badan boleh membawa kepada penyakit kronik dan merupakan punca utama kepada sirosis (parut) hati dan kanser hati.

Dengan kes kematian setiap 30 saat daripada penyakit yang berkaitan dengan hepatitis ditambah pula kita dalam krisis pandemic COVID-19 sekarang, kita perlu bertindak terhadap virus hepatitis.

SELAMAT MENYAMBUT HARI HEPATITIS SEDUNIA

Semoga bermanfaat.

#PusatSejahteraUSM

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

296284444_111976011596256_5210690674908446689_n.jpg

  • Hits: 601

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

xemel dir_pk[@]usm.my
xfax : +604 - 653 4942
xtel : +604 - 653 3888 ext: 4937 / 4938

All Rights Reserved © 2022.
Website by : Unit Web & Multimedia Kreatif | P.P.Komunikasi & Teknologi - USM |