Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

Khasiat Buah Naga

Buah naga adalah sejenis buah tropika dan cukup terkenal dengan kulit berwarna merah menyala serta isinya yang manis dan berair menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika. Seperti namanya yang unik buah naga mengandungi 1,001 khasiat bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya adalah :

Melambatkan proses penuaan

Buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Mencegah kanser

Kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

Kencing manis dan diabetis

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membuat perut kenyang lebih lama. Selain itu membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

Meningkatkan sistem imun

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih.

Kesihatan kardiovaskular

Antioksidan yang boleh didapati pada buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik.
 
Selain itu, biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.

Tulang Sihat

Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.

Penghadaman dan Pencernaan

Buah naga ini dapat membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di usus yang baik untuk saluran pencernaan.

Kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.

* Sekiranya anda mendapati kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan selepas makan buah naga anda jangan terkejut kerana buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia merupakan punca mengapa air kencing dan najis anda berwarna merah. Ia TIDAK MERBAHAYA.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 
 
#PusatSejahteraUSM
296634665_474653031331223_8491146065101077849_n.jpg
  • Hits: 16

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)
11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia

xemel dir_pk[@]usm.my
xfax : +604 - 653 4942
xtel : +604 - 653 3888 ext: 4937 / 4938

All Rights Reserved © 2022.
Website by : Unit Web & Multimedia Kreatif | P.P.Komunikasi & Teknologi - USM |