Perkhidmatan Sewaan Peralatan Perubatan
Pusat Sejahtera menyediakan kemudahan sewaan peralatan bantuan sokongan kesihatan untuk kemudahan warga kampus yang memerlukan.
Kerusi Roda (Wheelchair)
Kemudahan kerusi roda disediakan bagi pesakit yang mengalami masalah pergerakan, kecederaan kaki, atau memerlukan bantuan sokongan pergerakan sementara sepanjang tempoh rawatan/pemulihan.
Sewaan mengikut tempoh keperluan
Tongkat (Crutches)
Sokongan tongkat perubatan disediakan untuk membantu kestabilan dan pergerakan individu yang mengalami kecederaan otot, sendi, atau tulang.
Sewaan mengikut tempoh pemulihan
Terma & Syarat Sewaan
- Permohonan sewaan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan daripada pihak Pusat Sejahtera.
- Penyewa hendaklah memastikan peralatan dijaga dengan baik dan digunakan secara cermat.
- Peralatan mestilah dipulangkan semula mengikut tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.