TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) | Universiti Sains Malaysia | TALIAN UTAMA : (+064) 693 4900 ext: 4937 / 4938   |  TALIAN KECEMASAN : (+604) 693 3999

Unit Farmasi

Unit Farmasi

Unit Farmasi menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan, kaunseling farmasi dan sokongan rawatan kepada pelajar, staf serta tanggungan di Pusat Sejahtera bagi memastikan penggunaan ubat yang selamat, tepat dan berkesan.

🎯 Objektif Unit

  • Mengurus perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan serta alat pakai habis perubatan yang berkualiti.
  • Mempromosikan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan selamat.
  • Memberikan pendidikan kesihatan dan khidmat kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit.
  • Bekerjasama dengan profesion perubatan dalam mencapai matlamat terapeutik pesakit.

💊 Fungsi & Perkhidmatan Utama

📦 Pembekalan & Preskripsi

  • Membekalkan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi atas talian.
  • Mengurus dan memproses permohonan ubat-ubatan standard dan bukan standard.
  • Menyediakan sediaan bancuhan segar (extemporaneous) untuk rawatan pesakit.

🗣️ Kaunseling & Pendidikan

  • Memberikan khidmat kaunseling ubat-ubatan secara peribadi kepada pesakit.
  • Menjalankan aktiviti pendidikan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan hebahan maklumat kesihatan.

💉 Pengurusan Stok, Vaksin & Latihan

  • Mengurus stok ubat-ubatan dan alat pakai habis perubatan mengikut piawaian keselamatan.
  • Mengurus perolehan dan penyimpanan vaksin bagi program penjanaan PTJ.
  • Menjalankan latihan sangkutan klinikal bagi pelajar farmasi.

👨‍⚕️ Pengurusan Unit

Dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan kakitangan sokongan farmasi yang bertauliah, profesional serta berpengalaman.

📋 Panduan Mengambil Ubat

  • Sila kemukakan Kad Staf / Kad Matrik Pelajar di kaunter.
  • Pastikan arahan pengambilan ubat pada label dibaca dan difahami.

🕒 Waktu Perkhidmatan

  • Isnin – Khamis:
    • 8:00 AM – 1:00 PM
    • 2:00 PM – 5:00 PM
  • Jumaat:
    • 8:00 AM – 12:15 PM
    • 2:45 PM – 5:00 PM
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

📍 Lokasi Unit

Unit Farmasi,
Aras Bawah, Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian),
Universiti Sains Malaysia.