TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) | Universiti Sains Malaysia | TALIAN UTAMA : (+064) 693 4900 ext: 4937 / 4938   |  TALIAN KECEMASAN : (+604) 693 3999

Sejarah & Penubuhan - Pusat Sejahtera USM

Sejarah & Penubuhan

Peredaran sejarah dan lipatan-lipatan penting perkembangan perkhidmatan kesihatan di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia.

Latar Belakang Pusat Sejahtera

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan USM, telah ditubuhkan pada tahun 1969. Kini, Pusat Sejahtera terus berbakti mensejahterakan warga universiti dari aspek fizikal, mental, rohani, dan sosial bagi memenuhi hasrat universiti ke arah kecemerlangan dan kelestarian.

Kronologi Sejarah

Jejak langkah perkembangan dan transformasi perkhidmatan kesihatan USM dari tahun 1969 sehingga kini.

1969 #01

Penubuhan Awal

Ditubuhkan sebagai Pusat Kesihatan USM di Bangunan C15 Kampus Induk bagi menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian khusus kepada pelajar. Pada awalnya, ia menggabungkan kaedah rawatan moden dan tradisional. Rawatan berkhatan turut ditawarkan dan diteruskan sehingga kini.

Catatan: Perkhidmatan rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak dihentikan pada penghujung 80-an.
1974 & 1993 #02

Peluasan Liputan Perkhidmatan

Pada tahun 1974, perkhidmatan perubatan diperluaskan kepada staf universiti. Seterusnya pada tahun 1993, liputan perkhidmatan dipanjangkan lagi kepada tanggungan staf, pelajar, serta pesara USM.

1989 #03

Fokus Pencegahan & Hemodialisis

Fokus perkhidmatan ditingkatkan daripada sekadar rawatan kuratif kepada aspek pencegahan seperti Pemeriksaan Kantin, Klinik Berhenti Merokok, dan Klinik Pengurusan Berat Badan. Perkhidmatan hemodialisis juga diwujudkan pada tahun yang sama untuk membantu staf yang memerlukan.

1990 & 1996 #04

Peluasan Kampus Kejuruteraan

Pada tahun 1990, Unit Kesihatan ditubuhkan di Kampus Kejuruteraan, Tronoh, Perak. Unit ini kemudiannya berpindah ke lokasi baharu di Kampus Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun 1996.

1999 #05

Era Digitalisasi Pertama

Langkah awal digitalisasi bermula dengan pengenalan Sistem e-Klinik bagi menggantikan kad rawatan perubatan pesakit secara manual.

2008 & 2010 #06

Bangunan Baharu & Penjenamaan Semula

Pusat Kesihatan USM berpindah ke bangunan baharu H29 pada Jun 2008 dan dijenamakan semula sebagai Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian). Bangunan ini dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Y. Bhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak pada 7 Mei 2010.

3 Jan 2011 #07

Penubuhan Subunit Fisioterapi

Perkhidmatan diperkukuhkan dengan penubuhan Subunit Fisioterapi bagi memantapkan rawatan rehabilitasi pesakit.

2013 #08

Kelestarian & Naik Taraf e-Sejahtera

Pelaksanaan aktiviti kelestarian seperti senaman Taichi, Program Kitar Semula, Sejahtera Walk, dan Khidmat Masyarakat. Sistem e-klinik dinaik taraf kepada e-Sejahtera dan turut diperkenalkan di Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan.

2015 #09

Pelan Transformasi Pusat Sejahtera

Pelaksanaan Pelan Transformasi Pusat Sejahtera berteraskan 4 aspek utama: Pencegahan, Perawatan, Pemulihan, dan Pengurusan Sumber. Pasukan Kreativiti dan Inovasi ditubuhkan bagi memacu kualiti perkhidmatan.

2019 - KINI #10

Penjanan Pendapatan & Perkhidmatan Holistik

Menyokong agenda Universiti dalam menjana pendapatan melalui Program Pemeriksaan Kesihatan, Suntikan Vaksin, dan Perkhidmatan Pergigian, di samping terus memberikan perkhidmatan kesihatan holistik kepada warga USM.

Senarai Mantan & Pengarah Semasa

Kepimpinan yang telah menerajui Pusat Sejahtera ke arah kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.

Dr. Azizi bin Aiyub Ghazali

1973 - 1989

Dr. Sharifah Mariam binti Syed Hassan Aidid

1989 - 2003

Dr. Nurulain binti Abdullah Bayanuddin

2003 - 2014

Dr. Normala binti Abdul Wahid

2014 - 2023

Dr. Ahmad Zaimi bin Abdul Latiff

2023 - KINI