TPL_YOOTHEME_SKIP_TO_MAIN_CONTENT

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) | Universiti Sains Malaysia | TALIAN UTAMA : (+064) 693 4900 ext: 4937 / 4938   |  TALIAN KECEMASAN : (+604) 693 3999

Pemeriksaan Kesihatan - Pusat Sejahtera USM

Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up)

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian), Universiti Sains Malaysia menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi pelajar tempatan dan antarabangsa, staf serta tanggungan bagi memenuhi keperluan kemasukan pengajian, lantikan pekerjaan dan urusan rasmi lain.

Waktu Perkhidmatan & Kaedah Kehadiran
Temujanji WAJIB

Pelajar Antarabangsa

  • Hari: Isnin – Jumaat
  • Masa: 9:30 pagi – 11:30 pagi
Tempah Temujanji (qmed.asia)
Boleh Walk-In

Pelajar Tempatan, Staf & Anak Staf

Isnin – Khamis
  • Pagi: 8:30 pagi – 11:30 pagi
  • Petang: 2:00 petang – 4:00 petang
Jumaat
  • Pagi: 8:30 pagi – 11:30 pagi
  • Petang: 2:45 petang – 4:00 petang
Jenis Pemeriksaan

Pelajar

Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi memenuhi syarat kemasukan ke Universiti Sains Malaysia.

Dokumen Diperlukan

  • Pelajar Antarabangsa: Pasport & Surat tawaran kemasukan
  • Pelajar Tempatan: Kad Pengenalan (MyKad) & Surat tawaran kemasukan

Yuran

• Pelajar Antarabangsa: RM360
• Pelajar Tempatan: Bergantung kepada kursus pengajian

Staf

Pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lantikan baharu dan pembaharuan kontrak perkhidmatan.

Dokumen Diperlukan

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Surat tawaran lantikan / pembaharuan kontrak

Yuran

• Lantikan baharu: RM110 – RM130 (bergantung jenis ujian)
• Lantikan kontrak ke tetap: Percuma
• Pembaharuan kontrak: Percuma

Anak Staf

Pemeriksaan kesihatan bagi tujuan kemasukan ke IPT atau sekolah berasrama penuh.

Dokumen Diperlukan

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Surat tawaran kemasukan

Yuran

Percuma
Unit Perubatan, Aras Bawah, Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian), Universiti Sains Malaysia