Kursus Sukarelawan
Kursus Sukarelawan menghadapi pasca banjir telah diadakan pada 29 November 2022 anjuran Pusat Pembangunan Bakat Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (TDC BHEPA).
Kursus ini melibatkan 100 orang peserta yang telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan misi pasca banjir. Program ini merangkumi slot Asas Pertolongan Cemas, disampaikan oleh Dr. Normala Abdul Wahid Pengarah, Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian).
Manakala perkongsian berkenaan Peranan Pusat Pengurusan Bencana yang turut dikenali sebagai Nerve Centre juga disampaikan oleh Encik Tuan Mohd Salman Tuan Mohd Jaffar, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Pengurusan Bencana.
Slot terakhir disampaikan oleh Encik Zulkifli Che Hussin, Pengarah, TDC BHEPA di mana Encik Zulkifli berkongsi dengan para peserta berkaitan peranan sukarelawan.
- Hits: 306