Unit Perubatan
Unit Perubatan
Unit Perubatan 2021
PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR DAN KECEMASAN
PANDUAN PESAKIT DAN KLIEN
Pendahuluan:
Unit Perubatan di Pusat Sejahtera menyediakan perkhidmatan Kesihatan Umum kepada warga kampus induk Universiti Sains Malaysia, di terajui oleh 8 Pegawai Perubatan (Termasuk Pengarah), 1 PenyeJia Jururawat, 4 Ketua Jururawat, 20 Jururawat Terlatih, 2 Jururawat Masyarakat, 1 Penolong Pegawai Perubatan Kanan, 5 Penolong Pegawai Perubatan, 4 Pembantu Perawatan Kesihatan, 2 Jurupulih Perubatan, 2 Pernandu Ambulan dan 1 Penolong Pegawai Tadbir.
Waktu Perkhidmatan:
Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat : 8.00am hingga 5.00pm
Waktu Rehat : Isnin hingga Khamis: 1.00pm - 2.00pm
: Jumaat: 12.15pm - 2.45pm
Selepas waktu pejabat: 5.00pm - 7.00pm (untuk pelajar sahaja)
Jenis perkhidmatan yang disediakan:
- Perkhidmatan Kawalan Penyakit Berjangkit
- Pemeriksaan perubatan dan rawatan pesakit luar
- Rawatan Iuka-Iuka dan "wound management"
- Pemeriksaan dan rawatan susulan penyakit kronik
- Pemeriksaan Kesihatan (Medical check-up)
- Pesampelan Klinikal (darah, urin dan najis)
- Perkhidmatan Radiologi (Imbasan X-Ray)
- Fisioterapi perubatan dan pemulihan
- Klinik Pengurusan Obesiti
- Klinik Berhenti Merokok
- Pengdispensan Ubat-ubatan Klinik Panel
- Rawatan Kecederaan dan Kecemasan
- Perkhidmatan Ambulan
Kelayakan untuk mendapat rawatan:
1.1 Kategori staf
- Staf Tetap & Tangunggan yang layak (isteri/suami dan anak-anak di bawah 18 tahun
atau 21 tahun sekiranya masih belajar di İPT dengan kelulusan)
- Staf Kontrak & Tangunggan yang layak (seperti kelulusan BSM USM)
- Staf Sambilan (mengikut surat tawaran)
- Staf Sementara (mengikut surat tawaran)
- Pesara wajib & Tangunggan yang layak (suami atau isteri sahaja)
- Pesara (KWSP) untuk diri sendiri sahaja
- Pesara pilihan untuk diri sendiri sahaja
- Staf Projek (mengikut surat tawaran)
- Staf Kunjungan (mengikut surat tawaran)
1.2. Kategori Pelajar
- Pelajar sepenuh masa warganegara (ljazah, Sarjana, Doktor Falsafah)
- Pelajar sepenuh masa bukan warganegara dengan kadar caj yang ditetapkan
- Tangunggan pelajar dengan kadar caj yang ditetapkan
- Pelajar Jarak Jauh hanya layak untuk mendapat rawatan semasa khusus intensif sahaja
(tidak layak untuk rawatan penyakit kronik)
- Pelajar tanpa ljazah sepenuh masa layak mendapat rawatan mengikut tempoh sah.
1.3 Dokumen yang diperlukan
- Kad staf/ Kad Matrik Pelajar (atau)
- Kad pengenalan (atau)
- Kad rawatan dalam tempoh sah (atau)
- Surat tawaran kerja untuk mengesahkan kelayakan mendapatkan rawatan
- Buku temujanji bagi kes-kes rawaan ulangan penyakit kronik
- Hits: 5530