Skip to main content

Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian)  | Universiti Sains Malaysia |

Unit Farmasi

Unit Farmasi

PERKHIDMATAN FARMASI DI PUSAT SEJAHTERA

Unit Farmasi adalah salah satu unit yang terdapat di Pusat Sejahtera. Unit Farmasi terletak di aras bawah bangunan Pusat Sejahtera, bersebelahan dengan Kedai Farmasi Universiti Sains Malalaysia.

Carta Organisasi

Unit Farmasi mempunyai 12 orang terdiri dari kategori berikut:

  1. Pegawai Farmasi UF54 – 1 orang
  2. Pegawai Farmasi UF52 – 1 orang
  3. Penolong Pegawai Farmasi U38 – 1 orang
  4. Penolong Pegawai Farmasi U36 – 1 orang
  5. Penolong Pegawai Farmasi U32 – 1 orang
  6. Penolong Pegawai Farmasi U32KUP – 1 orang
  7. Penolong Pegawai Farmasi U29 – 5 orang
  8. Pembantu Perawatan Perubatan U11 – 1 orang

Waktu Perkhidmatan

  1. Kaunter Utama

          Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang

  1. Kaunter Pandu Lalu

          Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 12.30 tengahari

  •                                       2.30 petang – 4.30 petang

           Jumaat :                 8.30 pagi – 11.30 pagi

                                               3.00 petang – 4.30 petang

 

Objektif Unit

 Bertanggungjawab atas perolehan, penstoran, pembekalan ubat-ubatan dan alat-alatan pakai habis perubatan yang berkualiti, mempromosi pendidikan kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan secara rasional.

Bekerjasama dengan profesion perubatan di Pusat Sejahtera dalam usaha untuk mencapai matlamat terapeutik dalam memberi rawatan kepada pesakit.

 

Fungsi Unit

  1. Memperoleh, menerima, merekod, mengendali, menyimpan dan memeriksa stok ubat-ubatan serta alat-alatan pakai habis perubatan supaya sentiasa mencukupi dan berada dalam keadaan baik.
  2. Membekal ubat-ubatan standard kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Sejahtera berpandukan pada preskripsi atas talian yang diterima daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan dan juga Jururawat yang bertugas di Pusat Sejahtera sahaja.
  3. Mengurus dan memproses permohonan ubat-ubatan bukan standard mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  4. Menyedia dan membekalkan sediaan-sediaan bancuh segar (extemporaneous) untuk rawatan pesakit.
  5. Memberikan khidmat kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit.
  6. Menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan penggunaan ubat-ubatan dan penerangan ubat masyarakat melalui pameran bersiri dan tayangan serta hebahan maklumat yang berkaitan dengan gaya hidup sihat melalui layar televisyen di ruangan pesakit menunggu.
  7. Memproses permohonan bekalan cemas yang diterima melalui Borang Q
  8. Pengurus perolehan vaksin untuk program penjanaan PTJ.

 

 

  • Hits: 2408