Unit Makmal Klinikal
Makmal KLINIKAL
Objektif
- Memberikan dan menjalankan ujian/analisis ke atas sampel pesakit dengan kadar segera melalui arahan doktor yang merawatnya.
- Menjalankan ujian / ‘medical check-up’ kepada pelajar dalam dan luar Negara dan kepada staf serta tanggungan staf.
- Sentiasa memastikan segala peralatan makmal berada dalam keadaan ‘ready to use’ agar keputusan yang diperolehi adalah tepat dan jitu.
- Mewujudkan team work antara staf makmal, paramedik, doktor dan network dengan pihak luar demi memantapkan lagi pengurusan makmal dan PTJ.
- Sentiasa melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh PTJ dan PJJ serta NGO demi (e-komuniti) untuk mewujudkan masyarakat dalam dan luar kampus berada dalam keadaan sihat dari segi mental serta fizikal.
Fungsi Makmal Klinikal
- Perkhidmatan Makmal Klinikal adalah untuk membantu menentukan diagnosa dan menilai tahap kesihatan pesakit.
- Makmal Diagnostik amat penting dalam menyokong fungsi keseluruhan Pusat Sejahtera USM.
- Terdapat beberapa kategori ujian/analisis sampel pesakit yang dilakukan iaitu ujian hematologi, biokimia, parasitologi, urinalisis, kumpulan darah, AFB (Direct Smear), skin scrapping , fungul screening test, denggi/ chikungunya, urine drugs serta RTK Antibody untuk Covid 19.
- Membantu pelajar dalam dan luar Negara untuk mendapatkan bahan-bahan bagi tujuan penyelidikan.
- Menjalankan ujian saringan kesihatan untuk staf dalam kampus (Medical Surveillence).
- Hits: 3142