AKTIVITI KELESTARIAN PUSAT SEJAHTERA 2024
AKTIVITI KELESTARIAN PUSAT SEJAHTERA 2024
1) MENGGALAKKAN PENJIMATAN AIR DI PUSAT SEJAHTERA USM
Poster penjimatan air telah diletakkan di laman rasmi facebook Pusat Sejahtara USM pada 09/01/2024 bagi menggalakan warga kerja Pusat Sejahtera bagi menjimatkan penggunaan air ketika Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air pada 10/01/2024-14/01/2024.
Pautan Aktiviti:
https://www.facebook.com/share/p/z21UuQicA9NeCrmk/?mibextid=WC7FNe
2) PENERANGAN AMALAN HIJAU KEPADA STAF BAHARU
Jawatankuasa Kelestarian dan Jawatankuasa USM Hijau telah memaklumkan dan menerangkan tentang amalan lestari dan amalan hijau kepada staf baharu iaitu Cik Mastura pada 07/02/2024 jam 0230 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Sejahtera.
3) PENYERAHAN TONG KITAR SEMULA
Penyerahan tong kitar semula tajaan bahagian kelestarian USM kepada pejabat pentadbiran Pusat Sejahtera pada 09/02/2024.
4) AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA DAN RENOVASI FEVER CENTRE PUSAT SEJAHTERA
Pada 17/02/2024 - 18/02/2024, Sabtu dan Ahad telah berlangsung aktiviti gotong- royong perdana dan renovasi Fever Centre Pusat Sejahtera.
Demi keselesaan dan keselamatan pesakit, Fever Centre Pusat Sejahtera telah berpindah ke Pusat Farmasi H29 bermula 19 Februari.
Ini bertetapan dengan praktis kelestarian USM dalam menggalakkan perkongsian ruang diantara jabatan. (SDG 15.3), penyelenggaraan dan renovasi yang mementingkan penggunaan tenaga yang lebih efisien (SDG 7.2) dan pengumpulan dan pengasingan barang boleh kitar semula yang dijalankan serentak dengan gotong royong. (SDG 12.3)
Pautan Aktiviti:
https://www.facebook.com/share/p/N3yQRu7P7FnxBjui/?mibextid=WC7FNe
5) SARINGAN KESIHATAN WARGA USM
Pusat Sejahtera menjalankan saringan kesihatan pada 20/02/24 kepada Warga USM yang hadir ke Perutusan Naib Canselor 2024 bagi menyokong agenda SDG 3.3.2.
Pengarah bersama staf Pusat Sejahtera juga menyokong agenda SDG dengan mengamalkan kelestarian mobiliti dengan berjalan kaki ke perutusan naib canselor.
Pautan Aktiviti:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02zx3hFH5KcAVnuiTb3H1qcYcVCv7X8VThy5r9Tr7tu2uf8voKBBpvARTrnNFAmLKRl&id=100063595899951&mibextid=WC7FNe
6) PENGLIBATAN UNIT FARMASI BAGI MEMPERKASAKAN KELESTARIAN DI PUSAT SEJAHTERA USM
Unit Farmasi menyokong usaha kelestarian yang dijalankan oleh Pusat Sejahtera dengan tidak menggalakan penggunaan beg plastik. Beg yang boleh dikitar semula mula dijual di unit farmasi semenjak bulan Februari dengan harga RM3 sahaja.
Pautan Aktiviti:
https://www.facebook.com/share/FbxZSrcNWqLUdpdY/?mibextid=WC7FNe
7) PELAKSANAAN OPEN DAY DI MASJID UMAR IBNU AL- KHATAB
Pada Ahad 03/032024, suasana di Masjid Umar Al-Khattab, Bayan Baru menjadi meriah dengan kedatangan hampir 50 orang bukan Muslim yang turut serta dalam Open Day yang diadakan. Tidak hanya itu, atas jemputan penganjur, Pusat Sejahtera juga telah menghantar satu pasukan untuk memberikan saringan kesihatan kepada para pengunjung selari dengan agenda SDG 3.3.2.
Para tetamu tidak hanya diberikan peluang untuk diperiksa tekanan darah, nadi, dan kadar gula darah, tetapi juga diberikan perundingan kesihatan secara percuma. Setiap bacaan dan data yang direkodkan dengan teliti untuk kepentingan setiap individu.
Sementara itu, suasana semakin rancak dengan demonstrasi CPR yang diberikan oleh pasukan kesihatan kami. Petugas kami memberikan penjelasan yang mendalam tentang pentingnya CPR, ciri-ciri CPR yang efektif, dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam situasi darurat yang melibatkan berhenti jantung atau pernafasan.
Dengan kehadiran pasukan Pusat Sejahtera selama lima jam, diharapkan dapat memberikan impak positif yang besar kepada masyarakat setempat, tidak hanya dalam hal kesihatan, tetapi juga kesedaran tentang pentingnya pertolongan cemas dalam situasi darurat.
Pautan Aktiviti:
https://www.instagram.com/p/C4KPq18pqpI/?igsh=MXRrdjFjaWozYWRucw==
8) AKTIVITI PENGEDARAN BEKAS KERTAS GUNA SEMULA
Dalam menyokong usaha dalam ‘Sustainable Development Goals’, Jawatankuasa Kelestarian Pusat Sejahtera menjalankan aktiviti pengedaran bekas kertas guna semula pada 15/03/2024.
Inisiatif untuk mendistribusikan bekas khusus untuk menyimpan kertas yang boleh digunakan semula ke unit-unit seperti pejabat pentadbiran, unit farmasi, dan kaunter rujukan di Pusat Sejahtera adalah langkah yang positif dalam mendukung Garis Panduan Pejabat Hijau.
Dengan menyediakan kemudahan ini, diharapkan amalan mengunakan semula kertas yang terpakai akan menjadi lebih meluas, membantu mengurangkan penggunaan kertas secara keseluruhan di Pusat Sejahtera.
Langkah ini tidak hanya menyumbang kepada kelestarian alam, tetapi juga menunjukkan komitmen Pusat Sejahtera dalam menjalankan amalan yang lebih mesra alam.
Pautan Aktiviti:
https://www.facebook.com/share/p/NecdFnHmzVcQf3ey/?mibextid=WC7FNe
- Hits: 154