Program Senyuman Si Kecil

 21 JUN 2022 - Melentur buluh bermula dari rebungnya. Begitulah konsep yang ingin diterapkan dalam Program Senyuman Si Kecil anjuran bersama Unit Pergigian PSUSM dan Pusat Pergigian Kanak-kanak & Institut Latihan Pergigian KKM.

Program ini melibatkan 120 orang kanak-kanak Tadika Minden USM dan para guru bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang penjagaan kesihatan gigi bermula dari kecil lagi melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan.
Maskot gigi, permainan dam ular, pemeriksaan gigi, tayangan video, pameran dan pelbagai lagi permainan interaktif antara aktiviti yang disusun untuk menggalakkan kanak-kanak menjaga kesihatan gigi masing-masing dengan cara yang menghiburkan.
Program berjalan dengan sangat meriah dan terkawal walaupun masih lagi dalam suasana peralihan fasa endemik. Diharap program sebegini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
 
#PusatSejahteraUSM
 #PergigianPusatSejahteraUSM
 
WhatsApp_Image_2022-06-22_at_11.43.47_AM_2.jpeg