Penyakit Asma
Tahukah Anda ? Asma (asthma) ialah satu penyakit yang menyebabkan keradangan yang menjadikan saluran pernafasan menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Serangan asma boleh dicetuskan oleh perkara berikut :
Udara sejuk / Lembab
Senaman
Jangkitan sistem pernafasan
Tekanan emosi
Bulu haiwan peliharaan seperti kucing
Debunga
Stress
Bahan Kimia
Komplikasi dan kematian akibat asma boleh dicegah. Jom kenali tanda-tanda serangan asma. Dapatkan rawatan segera dengan melakukan pemeriksaan dan konsultasi di klinik atau di hospital.
- Hits: 328